Selamat Datang ke PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Iskandar Puteri

Di sini bermula langkah anak menuju kejayaan dunia & akhirat.

4
Tentang PASTI

Membina Generasi Soleh, Berilmu & Berakhlak Mulia

PASTI ialah prasekolah Islam pilihan ibu bapa Muslim, membina asas ilmu, akhlak dan ibadah sejak usia kecil. Dengan guru terlatih, suasana penuh kasih sayang dan kurikulum seimbang duniawi-ukhrawi, PASTI melahirkan generasi soleh, cerdas dan berdisiplin untuk kejayaan dunia serta akhirat.

PASTI menjadi pilihan utama ibu bapa dalam melahirkan generasi pemimpin masa depan berteraskan Islam.”

Ustaz Muhammad Nazirul Munir bin Puniran

Pengarah PASTI Negeri Johor

Modul Pembelajaran

Sinergi Asas Didikan Berintegrasi

Subjek Teras

Subjek asas pendidikan Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Matematik, Sains & sebagainya.

Hafazan

Didikan hafazan Surah Al -Naas sehingga surah Al -Fajr, Al -Mulk & 20 Hadith terpilih

Kreatif

Membina kreativiti anak didikan dengan program Chef Cilik, Seni & Kraf Tangan & Saintis Muda

Aktiviti Luar Kelas

Pelbagai aktiviti luar yang menarik seperti memanah, berkebun, bola sepak dan pelbagai lagi.

Mengapa perlu pilih PASTI?

Keistimewaan Dalam Mendidik Ratusan Ribu Anak-anak PASTI

Menekankan nilai-nilai murni, akhlak dan adab yang membaluti ilmu pengetahuan untuk menjadikan anak-anak lebih berilmu, beriman dan soleh.

Adab & Akhlak

Menjadikan anak-anak lebih santun dan berbudi bahasa

Kreatif

Melahirkan generasi yang mempunyai nilai kreativiti tinggi

Bijak

Didikan asas akademik yang terkini dan terkehadapan

Inovasi

Teknologi pengajaran yang berasaskan konsep ibadah & ketuhanan

503369713_122220053534086545_4738858270801738268_n
502638478_122220068840086545_8300021930563704249_n
483102484_2477099152622072_5805421660237262179_n

PASTI Cemerlang Islam Gemilang

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Permohonan pendaftaran PASTI Kawasan Iskandar Puteri bagi sesi 2027 telah dibuka!